SELANGOR Iltizam Selangor Sihat SELANGOR
  • Iltizam Selangor Sihat
    • Pengenalan
    • Kelayakan
    • Manfaat
    • Tuntutan Manfaat Tambahan
    • Carian Panel Klinik
    • SOP (Process Flow)
    • Soalan Lazim
    • Manfaat Hospitalisasi
  • ISSPA
    • Pengenalan
  • Skim Rawatan Jantung
  • Hubungi Kami
  • Login

SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

Second slide

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor dengan menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Program ini dahulunya dikenali sebagai Skim Peduli Sihat sebelum diperkenalkan semula sebagai Skim Rawatan Jantung Selangor.

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Inisiatif ini telah mendapat kerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh (UiTMPSC) dan Sunway Medical Centre, Sunway City (SMC) dalam meringankan beban rakyat negeri Selangor dalam menjalani rawatan jantung bagi melahirkan masyarakat negeri Selangor yang lebih sejahtera.


SYARAT KELAYAKAN PEMOHON SKIM RAWATAN JANTUNG

Di bawah Skim Rawatan Jantung Selangor, terdapat dua (2) syarat atau kelayakan utama iaitu:


Iltizam Selangor Sihat

Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor

Iltizam Selangor Sihat

Pendapatan Isi Rumah RM8,000.00 kebawah


Info Lanjut ⇨



KAEDAH PERMOHONAN

Iltizam Selangor Sihat

KATEGORI A

SARINGAN

Kategori A merupakan bantuan dalam bentuk pra-saringan kepada pemohon bagi mengenal pasti kondisi pemohon yang berkenaan dengan penyakit jantung. Kos pembiayaan bagi kategori ini terhad kepada RM5,000 sahaja.                                                                                                                              

Pemohon hanya boleh mendapatkan pra-saringan di bawah hospital panel Selcare iaitu:

  • Institut Jantung Negara (IJN)
  • UiTMPrivate Specialist Centre, Sungai Buloh (UiTMPSC)
  • Cardiac Vascular Central (CVSKL)
  • Medical Centre, Sunway City (SMC)

Muat Turun Borang

Iltizam Selangor Sihat

KATEGORI B

PROSEDUR/ PEMBEDAHAN

Kategori B merupakan bantuan dalam bentuk prosedur dan pembedahan kepada pemohon. Maksimum had rawatan bagi kategori ini adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.                                                                                                                     

Pemohon hanya boleh mendapatkan prosedur atau rawatan pembedahan di bawah hospital panel Selcare iaitu:

  • Institut Jantung Negara (IJN)
  • UiTMPrivate Specialist Centre, Sungai Buloh (UiTMPSC)
  • Cardiac Vascular Central (CVSKL)
  • Medical Centre, Sunway City (SMC)

Muat Turun Borang

Iltizam Selangor Sihat

KATEGORI C

RAWATAN SUSULAN

Kategori C merupakan bantuan terkini yang dibuka bagi pemohon bagi mendapatkan rawatan susulan atau bekalan ubatan sebanyak dua kali sahaja selepas prosedur atau rawatan pembedahan. Maksimum had pembiayaan adalah sehingga RM10,000.00 sahaja.

Pemohon hanya boleh mendapatkan prosedur atau rawatan pembedahan di bawah hospital panel Selcare iaitu:

  • Institut Jantung Negara (IJN)
  • UiTMPrivate Specialist Centre, Sungai Buloh (UiTMPSC)
  • Cardiac Vascular Central (CVSKL)
  • Medical Centre, Sunway City (SMC)

Muat Turun Borang

*Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor”


PANEL HOSPITAL SKIM RAWATAN JANTUNG

Iltizam Selangor Sihat

Institut
Jantung
Negara

Iltizam Selangor Sihat

Cardiac
Vascular Sentral
Kuala Lumpur

Iltizam Selangor Sihat

UITM Private Specialist
Centre Sungai Buloh

Iltizam Selangor Sihat

Sunway Medical Centre,
Sunway City


DI TADBIR URUS OLEH

Iltizam Selangor Sihat

HUBUNGI KAMI




Iltizam Selangor Sihatjantung@selcare.com

Iltizam Selangor Sihat1-800-22-6600

SEBUAH PROGRAM

Iltizam Selangor Sihat



Ⓒ 2024 Hakmilik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor