SELANGOR Iltizam Selangor Sihat SELANGOR
  • Iltizam Selangor Sihat
    • Pengenalan
    • Kelayakan
    • Manfaat
    • Tuntutan Manfaat Tambahan
    • Carian Panel Klinik
    • SOP (Process Flow)
    • Soalan Lazim
    • Manfaat Hospitalisasi
  • ISSPA
    • Pengenalan
    • Manfaat
  • Skim Rawatan Jantung
  • Hubungi Kami
  • Login

Soalan Lazim

No Soalan Jawapan
1

Adakah saya layak untuk menerima faedah Iltizam Sihat Selangor - Pesakit Dalam?

Kelayakan meggunakan faedah kemasukan wad Iltizam Sihat Selangor adalah secara automatik jika anda seorang ahli utama Iltizam Sihat Selangor yang aktif.

Walaubagaimanpun,permohonan kemasukan ke hospital perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

2

Apakah kriteria-kriteria untuk menggunakan faedah Iltizam Sihat Selangor - Pesakit Dalam?

Kriteria-kriteria:

    1. Ahli utama Iltizam Sihat Selangor sahaja.

    2. Berumur 80 tahun dan ke bawah.

3

Apakah faedah manfaat hospitalisai yang diberikan?

Kriteria-kriteria:

  • RM 10,000 secara tahunan.
  • Perlindungan serta merta (tiada tempoh menunggu bagi penyakit sedia ada)
  • Rawatan di panel hospital swasta bagi kes-kes bukan kecemasan
  • Rawatan di panel hospital kerajaan bagi kes -kes kecemasan

4

Dimana saya boleh mendaftar untuk mendapatkan faedah ini?

    1. Tiada pendaftaran dibuka

    2. Kelayakan adalah secara automatik jika anda seorang pemegang keahlian Iltizam Sihat Selangor.

5

Adakah saya perlu mendapatkan surat rujukan sebelum menggunakan manfaat hospitalisasi ini?

Tidak. Kelayakan hanyalah kepada ahli utama (principal) sahaja.

6

Dimana saya boleh mendaftar untuk mendapatkan faedah ini?

Ya, ahli perlu mendapatkan surat rujukan bagi kemasukan ke hospital swasta dari senarai di bawah:

  • Cawangan Klinik Selcare atau,
  • Melalui perundingan dalam talian (telemedicine) atau,
  • Surat rujukan daripada hospital kerajaan

7

Bagaimana cara untuk saya memohon surat jaminan (Gurantee Letter) bagi kemasukan ke hospital swasta?

  • Ahli hanya perlu ke hospital dan kakitangan hospital akan mendapatkan pra kebenaran dari pihak Selcare bagi pembiayaan kemasukan ke hospital
  • Semua prosedur untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL) akan dilakukan oleh kakitangan hospital panel yang berurusan terus dengan pihak Selcare

8

Bolehkah saya membuat permohonan surat jaminan melalui panggilan telefon?

Tidak boleh. Tiada permohonan diterima melalui panggilan telefon.

9

Bagaimana proses pra kebenaran dilakukan?

Proses pra kebenaran dilakukan sebelum kemasukan ke hospital:

  • Borang Pra Kemasukan (Pre admission form (PAF)) akan diisi oleh doktor yang merawat
  • Melalui borang PAF, info – info seperti sebab kemasukan ke hospital dan keadaan kesihatan anda akan dinyatakan
  • Anda dikehendaki untuk menandatangani borang PAF tersebut sebagai tanda persetujuan. Borang akan dihantar oleh pihak hospital kepada Selcare untuk pengeluaran surat jaminan
  • Jika kemasukan ke hospital memenuhi terma dan syarat, Selcare akan mengeluarkan surat jaminan bagi rawatan tersebut.
  • Ahli akan dimaklumkan oleh pihak hospital setelah GL dikeluarkan, dan selepas itu kemasukan hospital akan diuruskan dengan lancar.

10

Berapa lama tempoh proses pengeluaran Surat Jaminan?

20 Minit-30 minit

11

Bagaimana untuk saya mengetahui bahawa permohonan Surat Jaminan saya telah dikeluarkan?

Surat Jaminan yang telah dikeluarkan, boleh disemak melalui:

    1. Hospital

    2. hubungi talian khidmat pelanggan Selcare (1 800 22 6600)

    3. atau melalui aplikasi Selangkah.

12

Adakah sebarang kemungkinan perbelanjaan saya sewaktu kemasukan ke hospital swasta tidak ditanggung?

Perbelanjaan bagi kemasukan ke hospital swasta tidak akan ditanggung sekiranya:

    a. Jumlah kos perbelanjaan kemasukan ke hospital melebihi RM10,000

    b. Penggunaan item-item seperti di perenggan nombor 14

Anda perlu membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi kepada hospital sebelum meninggalkan hospital.

13

Dalam keadaan apakah saya tidak diberikan Surat Jaminan?

Surat Jaminan tidak dapat dikeluarkan bagi kemasukan wad yang berpunca daripada sebab berikut:

    1. Punca kemasukan wad disebabkan pesakit di bawah pengaruh dadah atau alkohol serta komplikasinya

    2. Punca kemasukan wad disebabkan kes - kes cubaan membunuh diri serta komplikasinya

    3. Punca kemasukan wad disebabkan kehamilan, bersalin atau keguguran serta komplikasinya

    4. Punca kemasukan wad disebabkan penyakit kelamin cth HIV/AIDS serta komplikasinya

    5. Punca kemasukan wad disebabkan rawatan pergigian serta komplikasinya, kecuali kemalangan

    6. Punca kemasukan wad disebabkan rawatan kosmetik seperti pembedahan plastik & sebagainya serta komplikasinya

    7. Punca kemasukan wad disebabkan penyakit mental serta komplikasinya

    8. Punca kemasukan wad disebabkan kecederaan akibat penglibatan aktiviti bersukan yang bahaya serta komplikasinya

    9. Punca kemasukan wad disebabkan pembetulan penglihatan (rabun jarak jauh dan dekat) serta komplikasinya

    10. Punca kemasukan ke wad disebabkan oleh peperangan atau sebarang tindakan perang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas,tugas aktif dalam angkatan tentera secara langsung serta penyertaan dalam mogok,rusuhan dan pemberontakan serta komplikasinya

    11. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ badan oleh orang yang dilindungi dan kos pemerolehan organ tersebut termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya.

    12. Kemasukan ke hospital disebabkan oleh rawatan yang boleh diberikan sebagai pesakit luar dan tidak memerlukan kemasukan hospital

    13. Kemasukan ke hospital disebabkan oleh senarai 36 Penyakit Kritikal

14

Apakah perbelanjaan yang lazimnya tidak dilindungi?

    1. Telefon, lodger, perkhidmatan dobi, kafeteria dan caj bukan perubatan lain

    2. Ubat - ubatan yang tidak berkaitan dengan diagnosis

    3. Sebarang ubat bawa pulang bagi tempoh yang melebihi satu bulan selepas pesakit discaj

    4. Alternatif terapi spt Akupunture, Chiropractic, Reflexology, Bonesetting, massage, confinement, dietition konsultasi dan lain-lain

    5. Vitamin & makanan tambahan

    6. Penjagaan diri spt Sabun, syampu, pencuci muka , sunblock, pelembap , hand lotion dan lain - lain

    7. Caj yang berkaitan dengan rawatan pesakit luar, medical checkup atau ujian rutin (ujian saringan)

    8. Caj bilik yang melebihi kelayakan yang telah ditetapkan

    9. Lain -Lain perkara tertakluk kepada polisi semasa

Anda perlu membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi kepada hospital sebelum meninggalkan hospital.

15

Bagaimanakah prosedur mendapatkan surat Jaminan bagi kemasukan ke hospital kerajaan untuk kes - kes kecemasan?

  • Jika pesakit memerlukan kemasukan ke wad bagi rawatan kecemasan, surat jaminan akan diberikan kepada pesakit atau waris pesakit selepas kemasukan ke wad atau selepas pesakit discaj dari hospital.
  • Pesakit atau waris pesakit perlu mengemukakan ringkasan discaj (discharge summary) atau surat kemasukan ke hospital dari hospital kerajaan bagi mendapatkan surat jaminan dan setelah surat jaminan diperoleh, pesakit atau waris pesakit perlu mengemukakan surat jaminan tersebut kepada pihak hospital kerajaan sebagai bukti pembiayaan di bawah Program ISS.

16

Untuk mendapatkan senarai Hospital Panel Selcare, anda boleh:

  • Melayari laman web Selcare
  • Menggunakan "Panel Locator" di aplikasi Selangkah -> Member portal
  • Menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1-800-22-6600

17

Apakah yang perlu saya bawa sekiranya ingin mendapatkan rawatan di klinik (outpatient)

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan Sahaja untuk mendapatkan rawatan di klinik

18

Bagaimanakah cara saya boleh memohon untuk manfaat tambahan ISS ?

    1. Anda perlu mendapatkan surat permohonan dari pihak DUN atau muat naik daripada laman sesawang ISS di https://iltizamselangorsihat.com/

    2. Anda perlu mengediakan dokumen yang berkenaan seperti sijil kematian dan mendapatkan pengesahan daripada pihak DUN

    3. Pihak DUN perlu mengemelkan segala boring permohonan kepada pihak Selcare dan pihak Selcare akan memproses semua permohonan

    4. Tuntutan ini mengambil masa 30 hari bekerja untuk selesai

19

Siapakah yang layak mendapat manfaat tambahan ISS ?

    1. Bagi manfaat khairat kematian, hanya pemegang kad (principal) Sahaja yang layak menerima manfaat ini

    2. Bagi manfaat penyakit kritikal, pemegang kad (principal) dan keluarga berdaftar layak menerima manfaat ini

20

Adakah saya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun ?

Ahli perlu memperbaharui keahlian setiap 2 tahun. Hal ini adakah untuk memastikan setiap ahli yang menerima manfaat ini menepati syarat kelayakan semasa


Back to top

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan 24 jam kami di 1-800-22-6600